Tuesday, 6 January 2015

Happy New Year 2015

Assalamualaikum...

Baru dapat nak Buat entry hehehe. Happy new year you all..
Apa la Azilla Ni lambat betul kan.. dah ketingalan kereta api dah ni..
nak dipendekkan cerita, InsyaAllah dalam bulan Ogos tahun ni kami akan menerima orang baru hehehe Agak dekat semuanya tapi semoga dipermudahkan semuanya InsyaAllah.

Apa lagi nak diceritakan ye? Kami masih berharap dapat baby girl. InsyaAllah kan..

Setakat ni semuanya mudah.. takde masalah tak tau pula masa akan datang.. InsyaAllah semuanya dipermudahkan.. eh, sampai sini saja dulu ye. nanti kita jumpa lagi kekeeke. Dah nak shut down dah mata ni. Selamat Malam.

Sunday, 22 December 2013

Saturday, 25 May 2013

Assalamualaikum.....
dah lama xupdate blog hahaha... sibuk urus anak2...

Saiful Fazdy & Syafiq Fazdy

anak2 keutamaan buat masa ni hihi...

Friday, 18 January 2013

Barang baby dan mummy

Nilah dilemma terbaru.. sy x berani minta budget kat hubby dan inilah sikap saya.. takut nak minta budget.. huhu.. baby mungkin lahir mac ni.  antara senarai baby dan mummy yg rasanya perlu untuk kali ini.. klu orang lain mungkin xde la seringkas ini..

baby:
  1. Baju baby - mmy beli sepasang je yang baru.. yang lain semua guna baju abang saiful. klu perempuan yg keluar terpaksa mmy beli baju baru nnt..hmm skrang ada dalam 10psg
  2. Sarung tangan dan kaki - biasanya sarung tangan mmy pasang masa dalam pantang je sbb kuku baby belum boleh potong lagi... takut muka calar ke.. stakat ni pun dah ada 10psg semua abang saiful punya.
  3. Topi baby - semua topi dlu milik abang saiful.. semua 4 helai
  4. Selimut dan kain bendung
  5. kain lampin/lampin pakai buang
  6. barut bayi
  7. tuala bayi
  8. raga/bakul untuk simpan baju bayi sbb almari dah penuh huhu
  9. beg bayi - guna abang saiful punya dulu
  10. Bantal - guna milik abang saiful je.. baru lahir mana elok guna bantal tinggi2
  11. tilam baby - guna abang saiful punya dulu gak
  12. katil bayi - milik abang saiful tu pun masih elok guna je
  13. minyak telon/yuyi/minyak kayu putih
  14. tisu lembab
  15. barang mandian bayi - sabun,syampoo,losyen,bedak,bby oil...
  16. putik kapas & bebola kapas
  17. tungku bayi
Barang Mummy:
  1. Baju
  2. kain batik
  3. pad bersalin
  4. stokin
  5. selipar
  6. bengkung
  7. pil kesihatan- saya pilih shaklee mungkin yg trial je dulu rm280 klu fullpack 475
  8. bra menyusu
  9. pad payudara
  10. breastpump
  11. tuala mandi
  12. nursing pillow - yg ni planning nak beli tp.. mcm budget x cukup so tgok keadaan...
rasanya budget xcukup jadi banyak yg mmy guna semula dan yg lain xbeli.. kesian hubby nnt mmy bukan keja xkan nak habiskan duit hubby memanjang walaupun ni anak kami berdua.. saya akan cuba budget yang paling jimat...

Tuesday, 15 January 2013

Ketahui jantina anak dalam kandungan?

Cerita kali ni nak tengok sama ada adik saiful ni lelaki ke perempuan.. xboleh percaya sangat juga.. xnak scan sbb nak suprise tp excited nak tau je hehehe

1. MELIHAT KEPADA PERUT SI IBU.
 KALAU TAJAM KE DEPAN= LELAKI
KALAU BULAT BUNDAR MELEBAR = PEREMPUAN

- saya rasa perut xdela tajam..melebar je = Perempuan

2.MELIHAT NIPPLE ABANG/KAKAKNYA
KALAU TERBELAH=PEREMPUAN
KALAU BULAT/TIMBUL= LELAKI

- rasanya nipple saiful sebelah timbul sebelah terbelah jadi xsure laa hehe

3.ARAH TIDUR SI IBU
KIRI=PEREMPUAN
KANAN=LELAKI

-saya biasanya tidur arah kanan = LELAKI

4.ARAH BERAT PERUT. BABY SUKA TENDANG/DUDUK SEBELAH MANA?
KIRI=PEREMPUAN
KANAN=LELAKI

- rasanya kali ni baby suka sebelah kanan =LELAKI

5.Kalau ibu suka bersolek=PEREMPUAN
Kalau ibu xsuka bersolek=LELAKI

- masa mengandung saiful saya suka sangat mekap dan dress up. kali ni xsuka langsung so ini mcm x valid laa.

6.MELIHAT GARISAN PERUT IBUI=
KALAU LURUS X PUTUS = LELAKI
KALAU SENGET/PUTUS2=PEREMPUAN

-masa saiful garis terang dan lurus kali ni mcm xnampak apa2 pon = PEREMPUAN

7.MUKA IBU BERSERI=LELAKI
MUKA IBU X BERSERI=PEREMPUAN

-masa mengandung saiful muka mmg berseri2. sekarang xberseri langsung =PEREMPUAN

8.MELIHAT RESPON BABY PADA IBU MENGANDUNG
KALAU BBY LELAKI SUKA=PEREMPUAN
KALAU BBY PEREMPUAN SUKA=LELAKI

-yang ni susah sikit sbb bby lelaki mmg suka pada saya. tp orang kata kalau anak pertama terlalu manja ertinya adiknya lelaki..

ok sekarang kita kira
LELAKI=2
PEREMPUAN=3

IKUT SINI PEREMPUAN MENANG TAPI NALURI SAYA BABY NI LELAKI.. KITA TUNGGU DAN LIHAT MAC NANTI.. :)

Saturday, 25 August 2012

Anemia Again?

This is my second pregnancy and this is the second time i get anemia. huh it's make me so stress.. hahaha.. i'm going be okay soon. of course. :)
i feel palpitation and so tired.. now my little one is 11week. Will be born on 15/03/2013 if God will :)
huh.. i am scared of delivering again it's such a nightmare for me haha. nightmare of being cut and bla bla bla
i can do it for second time i guess (^_*)

i hope my HB will be okay soon.

Thursday, 2 August 2012

Persediaan Fizikal dan Mental

Ahaa...
Tengah dok jaga Aiful tetiba dok terfikir.. dah positive untuk 2nd time ni dah bersedia ke aku ni ek.. hahahaha
ingatan pada sakit lama lom hilang lagi laa.... gimana la nak hadapinya for the 2nd time. eheeemm...

nak bersedia menghadapi trismeter 1 sampai 3 ni mesti ada persediaan fizikal dan mental kalau x.. jadi lemah2 la jadinya hehe..