Pages

Sunday, 27 May 2012

permata hatiku

inilah hidupku setelah bergelar seorang isteri dan ibu. aku sering sakit hati kebelakangan ini. mujurlah ada permata hati mummy ini yang sentiasa mengubati duka dihati.

Ini putera sulungku yang sering membuat hatiku terubat tatkala sedang berduka. memang benar kata orang tua bahawa anak itu adalah anugerah. dia anugerah yang terindah buat aku dan suami tercinta. hidup kami bersama dia amat bermakna sekarang ini. dia lah cahaya kami untuk meneruskan hidup walaupun hidup kami masih belum stabil dengan ekonomi zaman sekarang.


Inilah tawa riang putera kami yang sering menceriakan hati kami.


Friday, 4 May 2012

Bahagiakah aku?

Aku sememangnya bahagia setelah anak dan mempunyai suami yang memahami. tetapi sememangnya kita tidak akan lari dari masalah atau salah faham dalam rumah tangga. aku bukan mahu diperlakukan seperti seorang permaisuri tapi aku cuma tidak sukakan kekerasan dan kata2 yang boleh menyakitkan hati. aku hanya ingin gembira dalam hidupku. bagiku kesedihan dan kesakitan seharusnya sudah berakhir dalam hidupku tapi inilah pilihanku sebelumnya jadi kenapa baru sekarang aku hendak mempersoalkan kebahagiaanku??

Thursday, 3 May 2012

Memory With Saiful

Cerita terindahku adalah bermula 17/10/2011 inilah kegembiraan bila seorang bayi lahir ke dunia tepat jam 8:48pm di Hospital Beaufort itulah anak kami yang diberi nama Muhammad Saiful Fazdy dia lahir dengan berat 3.4kg. itulah saat indah buat pertama kalinya melihat anak sulung kami tangisannya membuat kesakitan sebelum kelahirannya hilang begitu sahaja. ditambah lagi dengan pengalaman menyusukan dia buat pertama kalinya membuat perasaan kegembiraan itu begitu indah. Setelah kami dihantar masuk ke bilik rehat, suamiku dizinkan masuk untuk mengazankan anak kami. itulah saat indah kami melihat anak kami setelah 40minggu menunggu kehadirannya.

esoknya 18/10/2011 saiful akan diberi suntikan BCG dan HEP B(dos 1) belum pun disuntik dia sudah menangis, nurse baru memberikan taklimat tentang penjagaan suntikan tersebut. tangisannya juga membuat aku merasa gembira. nurse kemudian mengatakan bahawa kami boleh keluar wad apabila saiful sudah berak dan kencing. aku masih risau kerana sejak semalam saiful belum kencing atau sebenarnya aku xperasaan dia kencing maklumlah pakai lampin pakai buang kalau hanya kencing 1-2 kali pasti susah nak detect. kami keluar wad pada jam 1:30pm dan pastinya pulang kerumah bukannya sama lagi bila si kecil ada bersama. kegembiraan akan bertambah :). Kami terus pulang kerumah. mungkin bukan nasib saya agaknya. ibu saya dah lama pergi tiada yang akan menjaga sepanjang tempoh saya berpantang terpaksa saya menjaga diri saya sendiri walaupun baru sahaja bersalin. Sampainya di rumah, anakku lena tidur dan aku membiarkannya lena agar aku boleh berehat seketika. aku kemudiannya tidur beirsama si kecilku kerana semalaman aku tidak tidur sepanjang di hospital. agaknya kerana aku terlalu teruja melihat si kecilku. Malam itu, suamiku memasakkan aku makanan kerana baginya aku masih perlu berehat. Malam itu aku tidur dan berjaga setiam 2jam untuk menyusui anakku.

19/10/2011
Hari ke 2 anakku lahir ke dunia. aku melakukan kerja seharian termasuklah mencuci pakaian aku dan anakku. walaupun ibu mertuaku melarang. aku tetap melakukannya kerana sekiranya tidak, apa pakaian nanti. aku tidak juga ingin menyusahkan beliau kerana ibu mertuaku sudah mencapai 80-an walaupun masih kuat tetapi aku serba salah dan lebih baik aku melakukannya sendiri tanpa bantuan. walaupun masih lemah tapi aku gagahi juga melakukannya. setelah selesai aku berehat sambil menyusui anakku. aku tidak ingin anakku menyusu susu formula kerana bagiku itu tidak selamat dan akan membuatnya sembelit. Petang itu JM datang melawat aku dan anakku, wajah anakku sudah kuning/Jaundice. nurse mengisi borang check darah untuk dibawa ke klinik esoknya.

20/10/2011
Aku dan suami membawa saiful untuk check Jaundice adakah tinggi ataupun tidak. keputusannya adalah 190umol itu agk tinggi untuk bayi usia 3 hari. nurse memberi sedikit penerangan tentang bahaya Jaundice dan menyarankan untuk cont. breastfeeding secara kerap 10-12 kali sehari.

21/10/2011
Kami ke klinik lagi untuk check jaundice. kali ini jaundice bertambah tinggi. agaknya kerana mengamalkan pemakanan yang kurang sesuai. bak kata orang makanan yang panas untuk ibu yang menyusui bayi. nurse memeriksa tali pusat kerana sekiranya tali pusat kotor/ bau juga akan menyebabkan jaundice. cord clean dan tiada masalah. jaundice kini 280/275 umol jadi saiful di rujuk ke hospital daerah untuk dirawat di bawah lampu biru(phototerapy). nurse tetap menekankan untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara kerap. Sampainya di nursery wad kanak-kanak hospital. Ya Allah, banyaknya bayi dibawah lampu biru. suamiku pulang untuk mengambil barang-barang untuk saya dan saiful sepanjang berehat di hospital. dan sepanjang hari itulah saiful dibawah lampu biru. mulanya dia asyik menangis kerana lampu itu sememangnya panas. Nurse hanya membenarkan dia tidur tanpa lampu apabila disusui atau ditukar lampin. sepanjang masa dia harus di bawah lampu dengan matanya ditutup.

22/10/2011
Pagi ini, darah saiful diambil lagi untuk pemeriksaan adakah jaundice turun ataupun tidak. saya agak risau kerana saiful masih bayi tetapi akhirnya mempercayai bahawa jururawat adalah profesional asalkan bukan pelajar praktikal yang melakukannya. : ). tengahanri itu, abahnya datang untuk melihat saiful. saiful lebih suka pada abahnya. dia hanya akan tidur bila abahnya datang. sekiranya abahnya lambat dia akan menangis seaakan tahu jam berapa abahnya akan sampai. hampir aku terlupa, semasa hari aku di hospital step ada di rumah. selalu mengirim aku makanan untuk dimakan di hospital. tapi aku risau akan saiful jadi kadang2 aku tidak menghabiskannya. petang itu keputusan darah keluar. rupanya jaundice saiful bukannya turun malah makin naik. sebelum ini dia hanya diletakkan pada single lamp sekarang perlu double lamp pula. aku makin risau. air mataku berlinang apakan tidak 360umol. dia lemah dan jarang sekali bangun. aku sedih sangat melihat keadaan dia. suamiku menenangkan aku. "si nanak esok baik la, jangan susah hati nanti air susu tidak cukup buatnya" aku akhirnya menguatkan kembali semangatku padahal badanku sangat lemah seakan2 demam. masa melawat sudah tamat suamiku harus pulang. aku kembali sendiri menguatkan semangat sambil mengingat kembali saat2 indah dalam hidupku. dan akhirnya aku tertidur lena sehingga jam 12am aku terjaga kerana anakku harus menyusu. aku mematikan lampu biru dan mengambil saiful, membuka penutup matanya. aku menciumnya, mengusap rambutnya agak aku kembali kuat. aku menyusukan dia dan tanpa sedar air mataku berlinangan. aku sedih tapi gembira. perasaan apakah itu? itulah saat2 indah.

23/10/2011
semalam aku sememangnya meneruskan penyusuan susu ibu dan aku yakin bahawa jaundicenya akan turun. setelah darahnya diambil, jururawat meminta agar kami memandikan bayi sebelum doktor melawat. saya sempat bercerita pada beberapa ibu yang ada disitu cerita sekadar perkongsian. setelah selesai doktor melawat. kami pun berehat sambil minum sarapan pagi dan menunggu masa melawat. petang itu, keputusan darah keluar dan alhamdulilah, jaundice saiful turun ke 210umol dan buat malam itu, saiful tidak perlu tidur dibawah lampu biru. aku sangat2 bersyukur dan lega hatiku apatah lagi apabila jururawat berkata kalau esok turun lagi kami kemungkinan boleh balik. siapa x gembira untuk pulang ke rumah. semua ibu2 dalam wad pun menunggu saat pulang ke rumah. walaupun bukan dibawah lampu biru aku tetap meneruskan penyusuan seperti biasa.

24/10/2011
Aku menunggu keputusan darah agar aku dan saiful boleh pulang ke rumah. tapi... kini resultnya bertambah tidak membenarkan kami pulang. 210umol aku hampa dan berfikir mana silapku semalam. dia kembali dimasukkan ke bawah lampu biru bawah double lamp lagi. aduhai.. tapi aku mesti membuatnya pulih agar kami boleh kembali ke rumah. agak penat tinggal dihospital walaupun tidak melakukan apa2 kerja. aku menguatkan semangat untuk meneruskan penyusuan dan memberi saiful meminum sedikit air glukose.

25/10/2011
hari ini kami boleh pulang. jaundice saiful kini 190umol. walaupun masih tinggi tetapi dikira selamat dan kami boleh kembali. nurse memberikan kami borang check darah untuk diperiksa pada 27/10/2011 di unit kecemasan hospital. kami akhirnya pulang ke rumah tengahari itu.

27/10/2011
hidup kami bersama si kecil  bertambah baik. apatah lagi kerisauan kami makin kurang kerana jaundice yang dihadapinya semakin menurun. pagi ini cuma 189/280umol.

28/10/2011
JM datang untuk memeriksa. tiada apa masalah cuma perlu meneruskan penyusuan.  semuanya semakin baik dan kerisauan kami semakin kurang.

1/11/2011
jaundice level 128/280.

4/11/2011
77/180 seharusnya diperiksa darah tetapi atas budi bicara JM, sekiranya bayi masih lemah sila berjumpa dengan doktor.

8/11/2011
saiful semakin sembuh dan tidak perlu lagi diambil darah.  saiful sudah semakin aktif dan sudah tidak tidur selalu. kami sudah mampu tidur dengan lena tanpa kerisauan.
JM memberitahu bahawa kami perlu membawa saiful ke klinik untuk mendapatkan suntikan hep B(dos 2) pada 17/11/2011.

17/11/2011
saiful berusia 1 bulan. dan telah mendapat suntikan hep B(dos 2).